Aqiqah Kini Lebih Mudah Lebih Menyenangkan Lebih Meyakinkan | Dengan AkikahCheras.com

Pilihan Tarikh Akikah yang Fleksibel

Akad Terjamin Jelas dan Sah

Khidmat Katering Disediakan

Akikah Cheras telah membantu 500+ ibu bapa dan organisasi sejak 2014 untuk memudahkan urusan aqiqah anak mereka melalui pakej kambing aqiqah siap masak.

mengapa akikah cheras pilihan terbaik untuk aqiqah?

Kambing dijaga rapi

Pasukan kami bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjaga, mengurus, dan menyembelih kambing untuk ibadah Akikah serta tempahan majlis. Kambing diberi makanan yang halal dan berkualiti. Proses penyembelihan dirakam untuk tujuan dokumentasi dan bukti. Penyembelihan dilakukan di lokasi yang bersih dan memenuhi syarat syariah.

Kepelbagaian Menu

Pelanggan boleh memilih daripada pelbagai jenis masakan yang disediakan, termasuk: Kari / Gulai Kurma Masak Hitam Masak Kicap Asam Pedas Lemak

Lokasi Yang Meluas

Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran ke pelbagai lokasi, termasuk Cheras, Seri Kembangan, Bangi, dan Kajang. Nikmati kemudahan ini untuk memastikan ibadah Akikah anda berjalan lancar tanpa kerumitan.

Pelanggan memilih kami kerana kami memudahkan urusan Akikah anak mereka, sehingga mereka dapat memberi tumpuan kepada perkara lain yang lebih penting semasa majlis berlangsung.

FAQ

Apakah itu aqiqah?

Aqiqah menurut bahasa ialah ‘memotong’. Pada asalnya ia merujuk pada rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan aqiqah kerana ianya harus dipotong (dicukur).

Menurut istilah pula aqiqah ialah haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu.

Apakah hukum melaksanakan ibadah aqiqah?

Hukum melaksanakan aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan adalah sunat dan sangat-sangat digalakkan dalam Islam. Pendapat yang sedemikian adalah pendapat jumhur imam-imam dan ahli fiqh. Oleh itu hendaklah ibu bapa melaksanakannya jika ada kemampuan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah SAW ini. Sehingga ia juga akan menerima keutamaan dan pahala di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis: “Sesungguhnya manusia pada hari kiamat nanti akan diminta tanggungjawabnya atas aqiqah, sebagaimana akan diminta tanggungjawabnya atas solat-solat lima waktu.”

Apakah hikmah melaksanakan ibadah aqiqah?

Hikmah di sebalik pelaksanaan ibadah aqiqah itu sangat banyak, hanya Allah yang mengetahuinya, akan tetapi ulama telah menggariskan beberapa hikmah yang dapat difahami, antaranya:

  1. Aqiqah itu merupakan suatu ibadah yang bertujuan mendekatkan diri anak kepada Allah SWT dari peringkat awal lagi.
  2. Sebagai fidyah (tebusan) untuk menebus diri anak dari segala mara bahaya dan bala bencana, sebagaimana Allah telah menebus Nabi Ismail dengan seekor kibas.
  3. Sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran atas kurniaan anak dan nikmat rezeki.
  4. Mengukuhkan lagi pertalian kekeluargaan dan hidup bermasyarakat melalui jamuan dan agihan lauk daripada daging aqiqah.
  5. Untuk mendapatkan ganjaran di sisi Allah pada hari kiamat.
Apakah yang perlu dibaca ketika penyembelihan haiwan aqiqah?

Dalam Islam, setiap amalan dianjurkan untuk dimulakan dengan doa bagi menambah kesempurnaan ibadah. Dalam konteks penyembelihan haiwan Akikah, langkah pertama adalah membaca Bismillahirrahmanirrahim. Kemudian, bacakan doa berikut:
“Ya Allah, ini adalah Akikah si [sebut nama anak]. Ia adalah nikmat daripada-Mu, dan kepada-Mu kami kembalikan.”

Bagaimanakah ketentuan Akikah untuk anak lelaki dan perempuan?

Ibadah Akikah disyariatkan untuk anak lelaki dan perempuan, berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing, manakala anak perempuan dengan seekor kambing.”
(Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Rasulullah S.A.W. memerintahkan kami untuk mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing dan anak perempuan dengan seekor kambing.”
(Hadis Riwayat Ibn Abi Syaiban)

Kedua-dua hadis ini menjelaskan dua perkara utama:

  1. Akikah disyariatkan untuk kedua-dua anak lelaki dan perempuan.
  2. Ketentuannya berbeza, di mana anak lelaki disunatkan dengan dua ekor kambing, manakala anak perempuan dengan satu ekor kambing.
Diuruskan Oleh ZY Livestok